Friday 15th December 2017

Haiku Tabir Alam (Malaysia)

Haiku Tabir Alam (Malaysia)

Haiku# 1

Maulidur Rasul
muslimin berselawat
cahaya ad-Deen

 

Haiku # 2

di Aidilfithri
air mata tergenang
jari sepuluh

 

Haiku # 3

Israk dan Mikraj
usul kadar rakaat
tiang agama

 

Haiku # 4

solat terawih
dua puluh rakaat
berganjak arah

 

Haiku # 5

kumulus putih
sujud meninggi hari
istana emas

 
3 Disember 2012

 

Tabir Alam  Nama Pena dari A12794639_10204761622035105_1030855083306460933_nbdullah bin Abdul Rahman. Lahir: 12 September Bandaraya Ipoh, di negeri Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Karya-karya yang dihasilkan pernah disiarkan dalam majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) seperti: Dewan Agama dan Falsafah, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa. Majalah lain seperti: Jelita, Keluarga Harmoni, Warisan, dan akhbar Berita Harian.  Menulis artikel pelancongan untuk majalah: Buletin MBI, dan selaku korespondens untuk majalah Tourism Scope yang berpengkalan di Busan, Korea. Telah menghasilkan

sebuah antologi bertajuk “Antologi Haiku 2006” dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun, bersama tiga penulis lain dari Putrajaya (Malaysia) dan (Okinawa (Jepun). Ahli kepada: Persatuan Peminat Sastera Bandaraya Ipoh (PINTAR), Persatuan Aktivis eSastera Malaysia, dan World Haiku Club yang dikelolai oleh Susumi Takiguchi berpengkalan di Amerika Syarikat. Telepon: 6016-5917125. Email: abe_iph@yahoo.com

One Response

  1. TabirAlamApril 11, 2016 at 12:54 pmReply

    Terima kasih adik Rois, di atas appresiasi ini. Di samping pantun sebagai “forte” abang dalam bidang sastera, namun haiku adalah “passion” yang mendorong abang terus berkarya. Ini adalah satu penghormatan dari adik, dan terima asih sekali lagi. Semoga adik juga terus sukses dalam bidang kesusasteraan.

Leave a Reply